JanGan TerlaLu pErcaYa
ichaeisya@yahoo.com / aisya_gemuk9@live.com (leave your comment here)
Thursday, May 26, 2016
BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE....?
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.
Saturday, April 13, 2013
Monday, August 27, 2012
Menunggu
Alahai... penatnyer
kata 3hari, tapi melarat ke 3minggu! huh!
Aku sedih, tertekan, tapi dia xde! Nampak cam aku menunggu pada buah yang tak mungkin kan gugur!
Sakit hati? memang sakit! teramat. Tapi aku diamkan je.
Terkadang aku tertanya gak, bZ sgt ke sampai langsung xleh nk contact? Terkadang aku pun x paham n xnak paham sbb bagi aku, 3minggu tu satu tempoh yang cukup lama untuk aku menanti seseorang...
Ada orang cakap, bila 'dia' ada dekat, nampak sangat aku happy! tapi lately ni cam monyok jer... Nak senyum pun rasa cam payah!. Penat tol PJJ nih! padahal bukan jauh sangat pun, cuma masa n keadaan tak mengizinkan.
Rasa nak bercuti la plak! nak kemana ek? Penat aku pikir tapi x kuar lak mana2 tempat peranginan yang nak dituju. Alkisahnya, aku xtau pn camne nak melancong! tambah plak sensorang! kalo keluar daerah pun atas urusan kerja! Tapi kali ni aku betul2 nk bercuti panjang... Lantak la pe orang nak kata! aku x peduli tu semua dah!
Hari2 aku rasa cam kosong je! Hari yang spatutnya kami jmpa, dia x muncul2 lak! Nampak cam aku je yang beria-ia. Aku rasa cam nk tutup je hati aku skali lagi, biar aku xde feel langsung. Aku da pernah rasa camne hidup tanpa perasaan, so x salah rasanya kalo aku nak "back to normal". Sebabnya aku dah penat sangat nak tunggu sidia yang entah ingat atau x kat aku! So, better aku wat xtau je kan?
Bila tengok citer Vanilla Coklat Raya, hati aku tertarik ngan lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid. Sah, sesuai ngan aku la ni... so, laaaayyyyaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnn............!!!!!!!!!!!!
kata 3hari, tapi melarat ke 3minggu! huh!
Aku sedih, tertekan, tapi dia xde! Nampak cam aku menunggu pada buah yang tak mungkin kan gugur!
Sakit hati? memang sakit! teramat. Tapi aku diamkan je.
Terkadang aku tertanya gak, bZ sgt ke sampai langsung xleh nk contact? Terkadang aku pun x paham n xnak paham sbb bagi aku, 3minggu tu satu tempoh yang cukup lama untuk aku menanti seseorang...
Ada orang cakap, bila 'dia' ada dekat, nampak sangat aku happy! tapi lately ni cam monyok jer... Nak senyum pun rasa cam payah!. Penat tol PJJ nih! padahal bukan jauh sangat pun, cuma masa n keadaan tak mengizinkan.
Rasa nak bercuti la plak! nak kemana ek? Penat aku pikir tapi x kuar lak mana2 tempat peranginan yang nak dituju. Alkisahnya, aku xtau pn camne nak melancong! tambah plak sensorang! kalo keluar daerah pun atas urusan kerja! Tapi kali ni aku betul2 nk bercuti panjang... Lantak la pe orang nak kata! aku x peduli tu semua dah!
Hari2 aku rasa cam kosong je! Hari yang spatutnya kami jmpa, dia x muncul2 lak! Nampak cam aku je yang beria-ia. Aku rasa cam nk tutup je hati aku skali lagi, biar aku xde feel langsung. Aku da pernah rasa camne hidup tanpa perasaan, so x salah rasanya kalo aku nak "back to normal". Sebabnya aku dah penat sangat nak tunggu sidia yang entah ingat atau x kat aku! So, better aku wat xtau je kan?
Bila tengok citer Vanilla Coklat Raya, hati aku tertarik ngan lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid. Sah, sesuai ngan aku la ni... so, laaaayyyyaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnn............!!!!!!!!!!!!
Saturday, October 29, 2011
RaSa hATi
hei my blog!
maaf, bukan x nk mengupdate, tp xsempat!
banyak keje... kursus lg! kekadang balik umah family pn kejap2 jer!
penat blom hilang, da kna g kursus lagik! penat siot!!!
tapi berbaloi ke pe yang aku buat tuh?
ada orang hargai ker???
kalo ade, saper? habaq mai kat aku!
ada orang kata aku ngengade!
tapi dorang tak pk & x pernah nk pk
selama ni sape dok buat sumer kje?
sape dok ulang alik gantikan org kursus walhal mmg xmo g
ckit2 asyik yang sorang ni yang kena!sebal!
tapi ada pulak kata aku berlagak
konon aku la bos
sebab pernah handle ofis msa xde bos dlu!
kuang ajo btui org tuh! menci3...
rasa nk tumbuk je muka owg tuh kasi lebam2
kasi bengkak2
biar dorang tau panas hati jgak!
"don't judge the book by it's cover"
"learn how to improve yourself much better than others before giving an advise"
" i'm never saying that i'm the best among the other's, but i will do my best!"
Monday, July 18, 2011
~~~pk jangan tak pk~~~
Dari semalam aku puas dok pk nak masak ape! Balik umah, aku terus masuk dapur! Wah3...bnyaknyer stok makanan aku... jom tengok kat bawah nie apa yang ade kat dapur aku...
of course aku guna minyak Saji... memang banyak lagi...xsampai sparuh botol lagi. Tapi aku memang da biasa beli yang botol kecik!
stok bihun! tapi len jenama yea... Lupa lak jenama pe. Stok bihun ni ada lagi dekat suku plastik... Ni pic gimik jer...hak3... boleh la kalo nk masak lg 1x tuuu....
wah3...cam comel je aku tengok bawang merah nie... Tapi kalo korang nak tau, bawang merah nie memang la ada lagi, tapi cuma beberapa ulas jer! boleh la kalo nk masak 2x lagi kot!
Sardin! hah, benda keperluan yang seharusnya ada lam umah aku. Jenama je yang len, tapi skunk ada la 1tin lagi tuuu...
Bahan2 len sumer da abis! Termasuk la kicap, sos, telur ayam, beras... ape lagi erk? kena buat list dulu lorh! huk3...
Gula n garam sure ada lagi termasuk asam keping yang memang banyak laghi lam stok aku sebab aku beru aje beli 2-3minggu lepas ngan budak skolah! hak3...
Untuk makluman, kat umah aku memang takde peti ais...so, padan la xde bhn basah...ho3...
Mesti korang pelik kenapa umah aku sampai abis stok makanan...??? eh, bukan abis tapi yang tepat sebenarnya da berkurangan. Sebab...???
Sebabnya, aku jarang ada kat umah! hak3... Actually, dah dekat 3bulan aku x beli barangan dapur. camne nak beli kalo aku ni asyik kursus je manjang...???
Hah, cuba jawab! Jawab la weiii...
Kalo aku beli sekalipun, sure la akan membazir...kan3
Mana tak nya, kalo da kejap ada,kejap takde. dah tu, sape nak masak??? housemate??? weiii...aku xde housemate lorh! dok sensorang jerk! hak3... kalo lagi 4-5tahun aku dok sensorang lagik, alamatnya memang layak mendaftar kat 'Rumah Warga Tanjung...'
Tanjung pe? Tanjung Rambutan lah! Boleh sewel aku kalo lama-lama cenggini... Tapi setakat 2tahun ni, rasanya ok lagi kot.
So, aku xtau la nk g shopping barang dapur or just order mknan dari kantin sekolah. sebab biasanya aku masak la jugak kat umah aku tuuu... Rasa cam nak g shopping, tapi kalo shopping sensorang memang xbest! kalo ada teman kan best? Aku pn xtau nak decide nak masak or just order dari kantin utk sepanjang minggu nie. Rasa cam malas je nak g shopping kat bandar nuuu....jauh lorh! tolong3x...konpius neh!

Sunday, July 17, 2011
Alahai Pak cik Bas!
Aku cukup bengang + bangang pepagi lagik! Kenapa??? u ask me y??? hah, meh sini aku nk cter.... cter yang x bape nak best! cter yang agak2 hampeh! piiiiraaahhhh...ada hati nak cter??? hohohoho... sungguh kelam kibut hatiku...!
alkisahnya bermula apabila...
1. Punya la awal aku bangun hari ni, pkul 4.30! sumer gara2 adik aku nak puasa! aku pon awal-awal kunci jam malam tadi. eh, silap! pagi tadi. sebab aku tido pon da pkul 2pagi! hak3...tapi yang bestnya, boleh lak aku sambung balik tdo lpas kejut adik aku! nyum3...best3...hak3...
2. pkul 6.30 pagi(lebih kureng la) aku ngan adik aku+member dia da siap tunggu pakcik aku kat simpang jalan... Aiseh men....lambat la pulak pak cik aku neh, janji jam 6.30, tapi jam 6.45 kot bru sampai...hadoiii...sempat jadik tiang la kami bertiga! huk3
3. Then, pak cik aku drop aku kat stesen bas(masa lam kete dia da tnya nak turun katne, aku jawab"tak kisah mana2 pon.." hah, jawapan sposen aku...) Ape lagi, menapak le aku menunggu pak cik driver bas jam 6.55pagi tadi... huish...kira awal la kan3??? hak3...
4. Lebih kureng pkul 7.15, bas pun gerak la...Dari stesen bas tadi aku sempat la jugak baca novel "Bini Aku Tomboy ke?" sampai la atas bas...sambil2 baca pon, mata aku melilau gak tengok kot-kot tak terperasan simpang jalan tempat aku nak brenti.
5. part ni kau paling benci tahap x hingat...!!! 3x aku tekan loceng, baru pak cik bas brenti... Mak aihhh...jauhnya nak jalan...nasib baik x kematu kaki aku! tapi sakit gak la, n nasib baik gak aku x pakai kasut tumit tinggi aku tuh! cuma berselipar jepun! hak3... Part yang aku tak puas hati lam ini cter ialah part pakcik bas x reti2 nak brenti sampai aku terpaksa tekan button loceng tu 3x! melampau la nie...biasa tekan skali jerk! huh!
Moral of the story, pe kata len kali kiter memekik lak kat pak cik bas sambil tekan loceng banyak kali supaya deria pendengaran dia x tersumbat! Jangan marah ea pakcik bas! Ini adalah rasa tak puas hati aku! wah3...cam bagus je kan3... skali kene sepak kang! hah, jangan nak kuang ajor!
Wednesday, June 29, 2011
Demi Cinta Suci
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
walau ke dasar lautan sanggup ku selami
namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Kurela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Kuhambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang Kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Kuhambakan diri pada-Nya yangEsa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Subscribe to:
Comments (Atom)
BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE....?
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...
-
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...
-
Pada 24-26 Jun 2010 yang lalu, telah berlangsung KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS & PRS yang disertai oleh hampir 65 orang pelajar iaitu gabu...

