Wednesday, August 19, 2009

MaLisSa


-->
Bab 1
Deruan Honda V6 milik Tan Sri Halim baru sahaja memasuki perkarangan Villa Nur Ain.Dari jauh kelihatan kelibat anak gadisnya,Malissa berdiri di balkoni luar biliknya.
Malissa melemparkan senyuman manis buat papanya sebaik sahaja lelaki itu keluar dari perut kereta tanpa menunggu pemandu keluarganya,Rajan membukakan pintu buatnya setelah kereta tersebut diberhentikan.Papanya memang begitu,sentiasa bersifat rendah diri.Tidak suka menjadi ‘Tuan’ biarpun memang layak diberikan layanan kelas pertama.Mungkin itulah penyebab kasih mama terhadap papa masih utuh hingga kini.
Senyuman Malissa sebentar tadi dibalas mesra.Perlahan-lahan Tan Sri Halim melangkah menghampiri isterinya yang sedang mengambil angin petang di taman mini yang terletak berhampiran kolam renang milik mereka.
“Awal abang balik hari ni?”sapa Puan Sri Nuraishah seraya mencapai tangan suaminya lantas
menciumnya penuh hormat.Briefcase di pegangan tangan suaminya itu segera dicapai lalu diletakkan di kerusi di sebelah kirinya,sementara suaminya itu mengambil tempat di sebelah kanannya.Seraya itu,tangan Puan Sri Nuraishah lincah menuangkan jus mangga buat suaminya.Petang-petang sebegini memang enak jika dihidangkan minuman sejuk,apatah lagi apabila pulang dari kerja.
“Hmm…tak banyak sangat kerja kat pejabat hari ni.”Jawab TanSri Halim lembut.Selembut bayu senja yang bertiup sepoi-sepoi bahasa petang itu.Ah…sungguh menenangkan!Sementara itu,tangan kananny pula cuba melonggarkan ikatan tali leher yang menjeruk lehernya sedari tadi.
“Apa yang sedang Lissa tulis tu?Kusyuk benar nampaknya.”Getus Tan Sri Halim.minumannya dihirup perlahan.Menghilangkan rasa haus yang bertandang.
“Entahlah bang.Dah berjam-jam Lissa kat balkoni biliknya tu.Apa yang ditulisnya saya sendiri pun tak tahu.Nak kata tengah study,Lissa tu dah lebih 6 bulan habis belajar.”Luah Puan Sri Nuraishah.Dia betul-betul hairan dengan sikap Malissa yang sudah lama menganggur,tetapi masih belum mahu bekerja.
“Hairan!awak sendiri pun tak tahu?”soal Tan Sri Halim pelik.Berkerut-kerut dahinya mendengar pernyataan isterinya itu.Tan Sri Halim termenung panjang.Ingin sekali dia mengajak Malissa bekerja dengannya,tetapi menurut Malissa,dia masih belum bersedia.Kalau boleh,dia tidak ingin memaksa anak-anaknya.Tetapi dia tidak mahu membiarkan Malissa menganggur begini.Bukan dia tidak mampu menanggung anaknya yang seorang ini.Lebih dari mampu.Tetapi dia tidak mahu anak-anaknya terus bergantung harap kepada orang tua.Dia mahu Malissa berjaya seperti orang lain.Oleh itu,dia harus berbuat sesuatu.Biar isterinya tidak setuju dengan keputusannya,asalkan Malissa menurut katanya.
* * * * *
What???Pengurus Pemasaran?”soal Malissa.Hampir saja terjengil kedua-dua biji matanya mendengar usul dari papanya.Biar betul!Tapi tidak mungkin dia tersalah dengar.
Semua mata memandang Malissa dan Tan Sri Halim silih berganti,bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengari mereka.Hal yang disuarakan oleh Tan Sri Halim malam itu benar-benar mengejutkan semua orang,termasuk Puan Sri Nuraishah sendiri.Dia langsung tidak tahu-menahu tentang rancangan suaminya itu.
Suasana sunyi memenuhi ruang makan malam itu.Tiada seorang pun yang berani mencelah.
“Ya,sebagai Pengurus Pemasaran.Kalau tak silap papa,Lissa belajar dalam bidang ni semasa belajar di UK dulu.”Malissa sekadar mengangguk.Tidak berani mahu bersuara.
“Jadi,rasanya tak salah papa bagi Lissa jawatan ni kan?”sambung Tan Sri Halim lagi.Selamba sahaja tangannya menyuap makanan ke mulutnya.
“Tapi papa…”belum sempat Malissa mennghabiskan ayatnya,Tan Sri halim segera memintas.
“Sampai bila Lissa nak duduk macam ni,tanpa buat sebarang kerja? Lissa nak tunggu semua sijil-sijil Lissa naik kuning dulu baru nak mula cari kerja,macam tu?”
Malissa menundukkan wajahnya.terasa gerun mahu menatap muka papanya saat itu.Perlahan-lahan pandangannya beralih kepada mamanya.
Puan Sri Nuraishah sekadar jungkit bahu tanda tidak mahu masuk campur.Biar apa pun keputusan suaminya,dia menurut sahaja.bukan kerana takutkan suaminya itu tetapi kerana hormatkan suami.
Malissa mengeluh hampa.Mamanya ternyata tidak mahu masuk campur dalam isu ini. Selera Malissa sudah mati tatkala isu itu dilontarkan sebentar tadi. Matanya merayap pula kepada kakaknya,Maisara serta abang-abangnya,Hafiz dan Zarul,namun masing-masing berpura-pura tidak tahu malah laju sahaja meneruskan suapan demi suapan ke mmulut mereka.Malissa bungkam.
‘Hish…kurang asam betul dorang semua ni! Macam dah berpakat aje…Tak nak ambik pusing langsung pasal aku yang tengah frust ni. Alamak,macam mana ni?nak terima aje ke? Alaaa…’
“ Baiklah,bila papa nak Lissa mula kerja?”putus Malissa akhirnya.Tan Sri Halim dan Puan Sri Nuraishah tersenyum mendengarnya.Berhasil juga cara yang mereka yang satu ini.Terasa sedikit ringan kepala mereka sebaik mendengar persetujuan dari Malissa sebentar tadi.
“Esok!!!”Tersentak Malissa dibuatnya.Keputusan papanya memang tidak boleh dijangka.Sangkanya minggu depan,tetapi mulai esok dia sudah harus mula bekerja.

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE....?

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...