Tuesday, June 29, 2010

KEM KEPIMPINAN PSS & PRS 2010 (akan bermaknakah buat pelajar? x salah kita berusaha!)

Pada 24-26 Jun 2010 yang lalu, telah berlangsung KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS & PRS yang disertai oleh hampir 65 orang pelajar iaitu gabungan pelajar PSS dan PRS. Pendaftaran bermula pada jam 2 petang pada hari Khamis dan berakhir pada jam 12.30 tgh hari Sabtu. Sepanjang Kem yang berlangsung selama 3hari 2malam itu, para pelajar diberi penekanan terhadap pelbagai aspek termasuk jati diri, pengurusan kendiri dan pelbagai lagi. Pengawas PSS dan ahli PRS bukan sahabat baru kpada kita... Sepanjang tempoh persekolahan, mereka juga banyak membantu guru dan juga pelajar lain. Mungkin pada fikiran kita, pengawas PSS hanya menjaga perpustakaan sedangkan sebenarnya tidak. Mereka turut terlibat dalam merancang pelbagai aktiviti sekolah.

Samalah seperti PRS fungsi dan peranan mereka sepatutnya lebih dititikberatkan lagi. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya. Cuma kita mesti tahu bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Kita juga mestilah bijak dalam membuat sebarang keputusan kerana keputusan yang bernas datang dari otak yang sihat. Otak yg sihat pula tak semestinya datang dr student kelas yg agak pandai kn? so, jgn la nk rendahkn kebolehan diri sendiri. Pelbagai perancangan boleh dibuat jika kita ingin belajar dan membantu piahk sekolah. Bukan begitu? Jadi, student yang kurang pandai pulak, jangan la rasa rendah diri ye... Semua org ada kekurangan n kelebihan diri masing2... cuma kita x pasti apakah ia kn?

Hah, ntah pape lah aku melalut nie... Ok, actually hr kedua tu(jumaat) ada 1 slot yg cikgu bagi untuk aku uruskan. pikir punya pikir...Aku dapat le 1 idea... alah, senang je..tp masalahnya, aku nie dah terketaq2 lutut sblum nk bg speech nie...mana tak nya, 1st time la katakan... Hari yg ditunggu2  menjelma jua... apa lagi, aku bersiap sedia la dengan segala peralatan perang yang serba canggih. Mula2 berdebar la jgak. sambil bg ceramah, jeling2 jgak la jam dekat laptop. Skali tengok cm x gerak je jam nie... Nasib baik la masa tu aku dah hilang debaran di dada n ditambah pulak dah jadik gler copong a.k.a mikrofon...hahaha...so, masa yang berlalu lepas 2 memang aku langsung x sedar. Sampai la cikgu tolong igtkn aku yg masa dah hampir tamat!
Masa tu la baru aku tergagau nk bagi assignment utk budak siapkan n nk bentangkan sekali! Hah, tu la dah syok sangat bagi ceramah+gurau2 skit...hehe...smoga apa yang berlaku ni akan lebih mematangkan aku walaupun aku tahu ramai yang cakap aku ni lebih matang dari usia sebenar. Mungkinkah begitu...??? Insyaallah...Pengalaman banyak mengajar aku...


~~~peace~~~

Wednesday, June 23, 2010

My Day

Mesti korang terfikir, pe yang aku maksudkn dgn 'my day'tu kan? Actually aku ada cerita skit hari ni untuk dikongsi bersama. Alkisahnya... Tadi, aku terlebih rajin lak g update papan kenyataan ofis aku yang tak berapa nk cun tuh! Almaklum la, aku nie bukan pandai pun bab design2 neh... Buat biasa2 je la... sambil2 dok touch up sana sini 2, sambil2 usik bos la... Masa 2 aku pasang radio THR.fm... Ceritanya bukan la pasal usik mengusik antara aku dan bos aku, tp ceritanya berkaitan pintu! Hah, npe xletak je tajuk "alahai pintu" kn? Eh, ska hati aku ler....hehehe... Okey, sebenarnya tadi aku tutup kipas n air-cond lam bilik bos aku aka PTP 1 (yg ada skang nih PTP 2 je) so, lepas tutup air-cond n kipas 2 cam biasa la aku akan tutup pintu bilik tu tapi xla rapat. Tp entah mcm mna, boleh tertarik rapat lak hari nie...Ishhh...betul2 menguji aku! Aku pun, dah kalut sangat masa tu, terus je gtau kat bos aku. Mula2 aku try cungkil dengan screw driver n gunting, tp menjadi la plak. Pastu, bila bos aku datang, trus dia mintak apa yg ada lam tool kit aku(x termasuk spanar ek)cuba ngan playar pun x bleh gak! Tengah bos aku pening sambil berfikir n masuk ke semula ke bilik dia, aku pun try la guna playar... Tup2 boleh la plak bukak... Mna taknya, bos aku da bpe kali try tp xdpt2. Rupa2nya dia tersalah pusingkan arah playar 2! Tau apa dia ckp kt aku? "saje je ek nk uji sy, pdhal awk dah tau mcm mna nk bukak" Aku apalagi, trus je gelak! Nak tau macam mana dia tau pintu tu dah boleh bukak??? Hah, kerani aku la yang gtau...Aku apa lagi, sengih je manjang...hehehe... Mesti lam fikiran bos aku tuh pk yang aku saja nk kenakan dia! Mesti dia ckp aku ni kurang asam! hahahaha...Kalo bos ada baca, jgn marah ek...bukan sengaja punnn...hehehe=) (buat muka innocent)

Monday, June 7, 2010

Kunci Oh Kunci...!!!

Malam tadi, baru aku perasan yang kunci ofisku hilang. Satu rumah aku geledah, tapi x jumpa gak! Akhirnya jam 2pagi baru aku tidur... Hari nie, pg2 lagi aku carik kunci ofis. Tp sayangnya, langsung xder! Tengok jam kat hp dah dekat pkul 8.00 pagi. Apa lagi,cepat2 la aku keluar setelah pencarianku yang ternyata sia2...Alahai kunci...kemana kau menghilang??? Aku terpaksa menunggu bos aku datang dulu, baru aku boleh masuk ofis. Dahlah bos aku nie masuk jam 8.30. Lenguh jugalah kaki aku ni menunggu bos aku 2. Adalah dekat 1/2jam! Sebaik aje bos aku sampai, terus dia mengenakan aku, "buka kaunter kat bawah pulak ke hari nie?" Perghhh...power gler dia punyer ayt! aku pun sengih je laaa... sempat gak aku gtau yang aku tertinggal kunci kat kg! hehehe... Sampai aje kat ofis aku yg kat tingkat atas ni, terus je aku bukak pintu bilik aku. Fuh, nasib baik aku tak kunci! kalo x, mmg dasyat laaa...kang ader yang menumpang di meja kerani nanti! And pasal kunci 2, aku rasa my dad da tersalah amik la. Mana la kot2 dia igt kunci bilik dia sbb malam td, lepas g T.Merah, dia yg antar aku ke rumah sewa!

Tuesday, June 1, 2010

Assalamualaikum CINTA!!!

Assalamualaikum CINTA!
CINTA xkn sambut salam
sbb ia bukan utk kita
CINTA ssh nk dekat
sbb ada aje rintangannya
kdg2 CINTA nih, pndg kita sbelah mata pn xnk
makin kita rasa apa itu CINTA
makin kita rasa terseksa
Hari nie aku nak selit skit pasal CINTA! Kdg2 aku konpius tahap cipan, ape mksd CINTA 2 sbnrnya??? Sesuai la sangat dengan ungkapan kat atas tuh. Bukan apa, aku sendiri dah rasa macam mana sakitnya ditinggalkan org yg aku sayang. Tanpa aku sedar, aku 'ditikam' dari belakang. Semuanya kerna CINTA! Jadi, aku simpulkan bhwa CINTA ni sebenarnya sangat menyakitkan! Lukanya masih terasa hingga kini biarpun dah lama berlalu.

Saat aku baru terasa nikmatnya CINTA dan mengerti apa itu CINTA, aku sudah tewas pada CINTA yang ini. Lalu kini, aku tekadkan diri, CINTAku hanya pada Yang Satu. Aku tekadkan hati, CINTAKU hanya pada Yang Esa. Aku yakin, dengan ini hatiku takkan terluka lagi. Cukuplah aku terluka dulu. Biar aku tutup pintu hatiku kerna hanya dengan ini, aku bisa tenang. Tak perlu memikirkan masalah yang bakal timbul.

Dan CINTAKU biarlah berakhir disini...(^_^)

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE....?

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...