Bab 2
Suasana dalam pejabat Tan Sri Halim begitu sunyi. Langsung tiada
bunyi yang kedengaran, melainkan helaian-helaian kertas yang dibelek
berulang kali. Tan Sri Halim menarik nafas panjang. Di atas mejanya masih
terdapat beberapa buah fail yang harus disemak dengan teliti. Dia tidak mahu
tender projek Warisan dari Kenyalang Holdings jatuh ke tangan orang lain.
Sebentar kemudian, punat intercom ditekan.
“Suruh Fazil jumpa saya sekarang!”Arah Tan Sri Halim tegas.Agak
kalut Suria, setiausaha Tan Sri Halim mencari nombor telefon bimbit Fazil.
Mendengar suara tegas ketuanya bermaksud dia tidak boleh berlengah-
lengah. Fazil harus di hubungi segera.
Sememangnya mudah untuk mencari nombor Fazil kerana dia sering
disuruh untuk menghubungi lelaki itu.
* * * * *
BUNYI ketukan di pintu bilik membuatkan Tan Sri Halim segera
mengangkat muka. Fazil, lelaki berusia 29 tahun itu kelihatan tenang sahaja
saat kakinya melangkah masuk ke ruang pejabat Tan Sri Halim. Bagi Fazil,
Tan Sri Halim sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Tetapi debaran di
hatinya,Tuhan saja yang tahu. Dia begitu bimbang jika terdapat sebarang
kesilapan dalam laporan kewangan suku tahun pertama yang diserahkan
awal pagi tadi.
Lelaki berdarah kacukan Melayu-Korea itu memandang Tan Sri
Halim dengan seribu persoalan di minda.
“ Uncle nak jumpa saya?”Tanya Fazil sekadar berbasa-basi. Dia
sudah diberitahu bahawa lelaki itu memang meminta dia ke pejabatnya.
“Duduk dulu Fazil. Ada perkara yang uncle nak minta tolong dengan
kamu. Itupun kalau kamu tidak keberatan.”
Fazil menarik nafas lega.Sedari tadi dia bimbang jika ada kesilapan
dalam laporan tadi. Mendengar suara Suria yang cemas sebentar tadi turut
membuatkan dia berasa bimbang. ‘Suria..Suria..kalau tak takutkan orang tak
sah.’ “Minta tolong apa tu uncle?Kalau boleh tolong,saya cuba,” sahut
Fazil tenang. Tiada lagi rasa gundah yang bertandang. “Ini berkaitan dengan
Lissa.”
“Kenapa dengan Lissa,Dia dah nak kawin ye uncle? Dengan siapa?”
“Ish…ada pulak Lissa nak kahwin.mengarut aje kamu ni. Uncle nak
minta kamu tolong nasihatkan Lissa sikit.”
“Nasihat?Lissa ada buat benda yang tak baik ke uncle?” Tergelak
besar Tan Sri Halim mendengarkan soalan yang dicetuskanoleh Fazil.
Digelengkan kepalanya beberapa kali.Tercengang lelaki itu melihatnya.
Lawak ke soalan aku tadi? Fazil menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Kamu ni…jasad aje ada kat sini, fikiran dah terbang ye.”usik Tan
Sri Halim.“Macam nilah,memang uncle tahu yang bahagian pemasaran
sedang sibuk kebelakangan ini. Tapi, uncle minta kamu tolong nasihatkan
Lissa jangan terlalu hardworking.” Ujar Tan Sri Halim. Bukan dia gagal
dalam menasihat Malissa,cuma dia mahu biarlah Fazil yang memainkan
peranan itu. Tambahan pula, Malissa dan Fazil memang rapat sejak mereka
kecil.
“Maksud uncle, Lissa tidak menghiraukan makan minumnya bila dah
sibuk ye?” Tan Sri Halim mengangguk, mengiakan. Sedari dulu Fazil
memang sudah sedia maklum apa yang bakal terjadi sekiranya Malissa tidak
menjaga kesihatannya. Pernah sekali Malissa ditahan di wad kerana tidak
menjaga makan. Dan sudah tentulah dia yang harus menjaga Malissa
sehingga gadis itu benar-benar sembuh.
* * * * *
“Hai Lissa… kau buat apa tu? sibuk aje aku tengok.” Tegur Salina,
teman karib Malissa ketika mereka sama-sama menuntut di sekolah
menengah. Langsung tidak disangkanya temannya itu bekerja di syarikat
milik keluarganya setelah tamat belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia(UKM).
“Hai…masuklah. Takkan kau nak jadi jaga kat pintu aje? kau nak
ubah profesion ek?” tukas Malissa sambil memandang ke arah temannya
yang masih berdiri di muka pintu seperti 5 minit yang lalu.
“Ah, buat apa aku jadi jaga. Nanti tak pasal-pasal pulak gaji aku yang
turun. Tak nak lah aku!”Malissa ketawa. Salina mencebik.
“Kau tu kalau tak gelakkan aku tak boleh ke? Betul ape aku cakap…
Aku sengaja tunggu kau jemput aku masuk bilik kau ni hah! Wah, besar
betul bilik kau ye.”komen Salina spontan.
“Hah,dah mula la tu…senang-senang kau ajelah yang duduk kat bilik
ni. Aku guna bilik kau. Amacam, setuju?”sengaja Malissa mengacah
temannya itu. Dia tahu Salina bukan jenis sukakan kebendaan.
“ Gila kau! Besar sangat ni kau tahu tak. Ei…tak naklah aku!” ujar
Salina sambil mencebik.
“ Tapi kalau kau tak kisah, apa kata kau hantar aje TV kau tu kat bilik
aku. Bolehlah aku tengok TV hari-hari. Tatap muka Encik Ally Iskandar…”
Salina tersengih.menayangkan giginya yang sedia tersusun rapi.
“ Hoi! Jauh kau berangan ye… aku sekeh jugak budak ni kang! Apa
susah, sekarang kan zaman moden…”
“ Jadi? ”
“ Jadi… apa kata kau aje yang pinang En.Ally Iskandar kau tu. Habis
cerita! Kalau kau nak tunggu dia, entah bila kan?”Malissa mengenyitkan
mata. Dia tahu, Salina pasti tidak akan melakukan perkara itu. Dia kenal
kawannya yang satu ini. Hanya minat, tidak lebih dari itu.
“ Gila!” Malissa…dari dulu sampai sekarang memang tak pernah
berubah! Suka mempermainkannya. Salina menggigit bibir tanda geram.
Siapa tidak kenal Ally Iskandar yang namannya sedang meningkat naik kini.
Lebih-lebih lagi lelaki kacak itu sering muncul di kaca televisyen,
mengacarakan pelbagai rancangan.Yang peliknya, mengapa lelaki
sekacaknya itu sehingga kini masih belum berkahwin meskipun umurnya
sudah mencecah 30tahun.
“ Hoi, marilah makan.. Aku tau lah kau tu hardworking, tapi jangan
la sampai lupa nak makan…”
“ Dah waktu rehat ke?” soal Malissa.Dia yang sedari tadi masih leka
dengan kerjanya langsung tidak sedar masa yang begitu pantas berlalu.
Dikerling sekilas jam di mejanya. ‘sudah 1 tengah hari rupanya.’
“Woi, kau ni sampai hati ye.. ‘kura-kura dalam perahu…’ perut aku
ni dah ‘berdondang sayang kau tau tak,” rungut Salina. Sememangnya
perutnya sudah berlagu riang,minta diisi. Pagi tadi dia hanya sempat minum
secawan nestum sebagai alas perut.
Melihatkan Malissa yang tersengih, Salina menjadi semakin geram.
Mana tidaknya, nak ajak pergi makan pun bukan main susah.Karang kalau
sakit, siapa susah? Diri sendiri la yang susah, bukan aku… Tapi aku pun
susah jugak, susah hati! Salina mengomel sendirian.
“ Kau ni, kalau bab makan…bukan main liat lagi sekarang ek!
Padanlah badan kau semakin kurus! Jaga body ke cik kak oii…” Memang
Salina akui Malissa semakin kurus kini. Teringat pula sewaktu di zaman
persekolahan dahulu, badan Malissa tidaklah kurus melidi begini. Malah,
sedikit berisi.
Pintu bilik Malissa dikuak iiba-tiba. Kedua-dua gadis itu pantas
menghalakan pandangan mereka ke muka pintu yang sudah terbuka luas.
Terjengul muka Fazil di muka pintu, lelaki yang dianggap seperti abang
sendiri oleh Malissa
“Jom makan!” ajak Fazil sambil melangkah masuk ke bilik Malissa.
Malissa tersentak. Ni lagi sorang, asyik ajak aku keluar makan je!
“ Lissa tak nak makan lagilah. Abang pergilah dulu. Ajak Salina
sekali.” Dalih Malissa. Sememangnya dia sedikit liat untuk makan selagi
kerjanya belum selesai.
Cis, kurang asam punye kawan! Ada ke suruh aku lunch dengan
abang angkat dia. Memang la aku minat kat abang angkat dia ni, muka pun
dah sebijik macam Lee Dang Wook. Tapi aku minat gitu-gitu je la.
“Ish…orang ajak makan pun tak nak. Nanti perut awak tu masuk
angin!” rungut Fazil sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Namun
malissa masih tetap begitu.
“Susah-susah sangat abang angkat ajelah Lissa ni” Pantas kakinya
melangkah menuju ke arah Malissa.
“ Abang nak buat apa ni?” Malissa yang tadinya tersengih mula
terpinga-pinga. ‘Alamak! Abang Fazil ni bukan boleh dibuat kira. Dibuatnya
dia betul-betul angkat aku…oh, no!’
“Abang nak angkat Lissa lah.Nak ajak makan pun susah!”ujar Fazil.
Mukanya sengaja diseriuskan. Malissa bingkas bangun. Bimbang sekiranya
Fazil benar-benar maksudkannya.
Salina yang asyik melihat adegan itu sudah tergelak. Mana tidaknya,
hampir saja temannya itu melompat bangun tatkala melihat Fazil semakin
hampir dengan Malissa.
“Okeylah-okaylah,tapi promise jangan dukung Lissa.Lissa dah besar
tau!”
“ Nampak gayanya, Encik Fazil kenalah selalu ugut cik Lissa kita ni
makan. Kalau tak, banyak aje alasannya,” ujar Salina sambil ketawa. Fazil
turut ketawa. Salina segera melangkah keluar. Baru sahaja kakinya tiba di
muka pintu, Malissa sudah menjerit.
“Oi Minah, kau nak kemana pulak tu? Jom la join kita orang
lunch.Tadi kau jugak cakap yang perut kau tu dah ‘berdondang sayang’ ”.
Salina pantas menoleh.
“ Amboi…punyalah sedap nama mak bapak aku kasi, boleh kau
panggil aku‘Minah’? Nama aku Salina lah.S.A.L.I.N.A.” Salina mengeja
namanya. Geram betul dia dengan Malissa, sesedap rasa je panggil namanya
Minah! Huih, takde kelas langsung!
“Malas aku nak kacau daun.kau orang pergi je lah” Salina
menyambung kata.
“ Kacau daun apa pulak, jomlah! Boleh la I dengar perut you sedang
mainkan lagu apa pulak lepas ni.” Salina menjegilkan kedua biji matanya.
‘Memang satu kepala Encik Fazil dan Malissa ni!’ Kalau hari-hari macam ni,
boleh sakit jiwa dia dibuatnya.
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE....?
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...
-
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurnia...
-
Pada 24-26 Jun 2010 yang lalu, telah berlangsung KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS & PRS yang disertai oleh hampir 65 orang pelajar iaitu gabu...
No comments:
Post a Comment